Salam semua...
saya ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua rakan2 di SMT Ktn. semoga hari raya disambut dengan suasana yang bahagia dan selamat kembali...
Pautan Dalaman
Pengumuman
25 Ogos, 2011
22 Ogos, 2011
Program Motivasi Kaunseling
Satu program motivasi akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarkh : 23.8.2011
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Semua pelajar tingkatan 4,5,6 diwajibkan menyertai program ini. Bagi pelajar yang tidak hadir, anda akan diminta membayar balik duit yang telah digunakan sebanyak RM10.
Tarkh : 23.8.2011
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Semua pelajar tingkatan 4,5,6 diwajibkan menyertai program ini. Bagi pelajar yang tidak hadir, anda akan diminta membayar balik duit yang telah digunakan sebanyak RM10.
21 Ogos, 2011
Jadual Waktu SPM 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengeluarkan jadual waktu SPM bagi tahun 2011 pada laman web rasmi nya.
Klik Di Sini untuk Jadual Waktu SPM 2011
Klik Di Sini untuk Jadual Waktu SPM 2011
19 Ogos, 2011
Program Empat Dalam Satu
Pada 19.8.2011, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan tiga program serentak sempenan bulan Ramadan iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Zakat dan Ceramah Nuzul Al-Quran yang bertajuk Ramadan Terakhir yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Ustaz Rujahan Ghazali. Ketiga-tiga program ini diadakan di Dewan Ibnu Khaldun. Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan para guru dan pelajar. Program Ceramah Motivasi merupakan antara program yang menyentuh jiwa dan dapat merangsang setiap warga dewan menguasai jiwa dengan tujuh kekuatan. Antara mutiara kata yang diselitkan dalam ceramah tersebut ialah:
1. Kalau tidak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.
2. Jangan sedih jika diri tidak dihargai tetapi tangisilah diri bila diri tidak berharga lagi.
3. Hargai sesuatu bila dia ada, jangan hargai sesuatu apabila dia sudah tiada.
4. Hargai hidup maka berertilah mati.
Setiausaha Program iaitu Ustazah Nurul Huda berharap pengisian ceramah pada kali ini memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar.
Selain itu, Panitia Sejarah turut mengambil kesempatan untuk menayang video kemerdekaan pada awal program ini berlangsung. Diharapkan semua pihak mendapat pelbagai manfaat daripada program yang diadakan ini.
17 Ogos, 2011
Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran Ditunda
Program ceramah yang akan diadakan pada 17 Ogos 2011 (17 Ramadan 1432H) bersempena Nuzul Quran kepada pelajar asrama terpaksa ditunda pada Kuliah Subuh 18. Ogos 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Butiran terbaru seperti berikut:
Masa : 5.50 am (Selepas solat Subuh)
Hari : Khamis
Tempat : Surau SM Teknik Kuantan
Penceramah : Ustaz Yusuf
Semua warga Teknik Kuantan dijemput hadir.
Masa : 5.50 am (Selepas solat Subuh)
Hari : Khamis
Tempat : Surau SM Teknik Kuantan
Penceramah : Ustaz Yusuf
Semua warga Teknik Kuantan dijemput hadir.
16 Ogos, 2011
Majlis Tadarus Al-Quran
Satu majlis tadarus al-Quran akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 19.8.2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Maklumat tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Tarikh : 19.8.2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Maklumat tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
15 Ogos, 2011
Bengkel JUJ Kimia - Tingkatan 5
Satu seminar kecemerlangan JUJ kimia akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 17/8/2011
Masa : 8.30 - 12.00
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Peserta : Pelajar tingkatan 5
Fokus : Kertas 3 Kimia
Tarikh : 17/8/2011
Masa : 8.30 - 12.00
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Peserta : Pelajar tingkatan 5
Fokus : Kertas 3 Kimia
Kursus Latihan SAPS
tarikh : 15/8/2011
masa : 1.30 petang
tempat : bilik gerakan
masa : 1.30 petang
tempat : bilik gerakan
13 Ogos, 2011
Tutorial Fizik Tingkatan 5
Pada hari Jumaat, satu kelas Tutorial Fizik diadakan untuk pelajar Tingkatan 5 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun jam 3.00-4.30 ptg. Namun kehadiran pelajar kurang mendapat sambutan kerana ramai pelajar asrama balik pilihan ke kampung. Walau bagaimanapun, pelajar bukan asrama juga turut hadir menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk belajar. Pelajar yang hadir telah memberi respons yang sangat memberansangkan. Banyak tips-tips telah disampaikan yang biasanya tidak diperoleh dalam kelas walaupun tidak melibatkan penceramah jemputan kerana biasanya dalam 'pnp' guru-guru perlu mengutamakan objektif penyampaian.
09 Ogos, 2011
Ujian 3 Untuk Pelajar Tingkatan 4
Bermula pada hari ini para pelajar tingkatan 4 SMT Kuantan mula menghadapi ujian yang ke 3 meliputi semua mata pelajaran yang diambil. Namun, ujian kali ini tidak mengikut masa ujian yang sebenar kerana tidak melibatkan kesemua bahagian soalan. Ujian 3 kali ini bermula pada 9.8.2011 akan tamat pada hari Khamis iaitu 11 Ogos 2011. Ujian pada kali ini diharapkan dapat menilai secara langsung pencapaian pelajar selepas tujuh bulan dalam semua mata pelajaran.
Langgan:
Catatan (Atom)