Pada 19.8.2011, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan tiga program serentak sempenan bulan Ramadan iaitu Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Zakat dan Ceramah Nuzul Al-Quran yang bertajuk Ramadan Terakhir yang disampaikan oleh Pakar Motivasi Ustaz Rujahan Ghazali. Ketiga-tiga program ini diadakan di Dewan Ibnu Khaldun. Semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan para guru dan pelajar. Program Ceramah Motivasi merupakan antara program yang menyentuh jiwa dan dapat merangsang setiap warga dewan menguasai jiwa dengan tujuh kekuatan. Antara mutiara kata yang diselitkan dalam ceramah tersebut ialah:
1. Kalau tidak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat.
2. Jangan sedih jika diri tidak dihargai tetapi tangisilah diri bila diri tidak berharga lagi.
3. Hargai sesuatu bila dia ada, jangan hargai sesuatu apabila dia sudah tiada.
4. Hargai hidup maka berertilah mati.
Setiausaha Program iaitu Ustazah Nurul Huda berharap pengisian ceramah pada kali ini memberi kesan yang mendalam kepada para pelajar.
Selain itu, Panitia Sejarah turut mengambil kesempatan untuk menayang video kemerdekaan pada awal program ini berlangsung. Diharapkan semua pihak mendapat pelbagai manfaat daripada program yang diadakan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan