Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

18 September, 2013

Permohonan masuk ke sekolah Teknik dan Koleh Vokasional

Kepada mana-mana pelajar yang berminat, permohonan masuk ke SM Teknik dan Kolej Vokasional sudahpun dibuka. Oleh itu, sekiranya anda ingin menyertai kami di SMT Kuantan, silalah lawat laman web di bawah ini untuk mula memohon untuk memasuki SM Teknik atau Kolej Vokasional. Kami menanti permohonan anda!

Klik sini untuk memohon ke SMT dan KV

17 April, 2013

Majalah Sekolah SMT Kuantan 2012

Perhatian kepada semua pelajar tahun 2012 SMT Kuantan, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua bahawa Majalah Sekolah SMT Kuantan bagi sesi tahun 2012 sudah siap dicetak dan sudah boleh dipungut oleh kesemua pelajar sesi 2012. Anda diingatkan untuk berurusan dengan guru kelas anda untuk proses mengambil buku anda dan diingatkan supaya berbuat demikian pada waktu persekolahan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dengan penghasilan majalah ini dan kami berharap anda akan terhibur dengan hasilnya.

Sekian terima kasih.

EDIT : Pembetulan, sila ambil buku tersebut di bilik guru tingkatan 6 sebelum pukul 3 petang. Kepada pelajar yang berasal dari luar Kuantan, buku tersebut akan dipos ke alamat rumah anda. Harap maklum

11 Mac, 2013

Page facebook rasmi SMT Kuantan

Perhatian kepada semua pelawat e-smtkn, atas permintaan pihak kementerian SM Teknik Kuantan telah memulakan laman Page facebook rasmi SMT Kuantan. Mengikut perancangan sekarang, laman page rasmi ini akan lebih berfokuskan kepada gambar dan juga makluman ringkas.

Pengguna twitter yang telah mengikuti twitter sekolah juga disarankan untuk memeriksa semula kerana pada awal tahun 2013 pihak kami telah mengubah nama ID twitter sekolah kepada e_smtkuantan dan page Facebook, Twitter dan Blogspot ini telah dipautkan bersama supaya maklumat boleh disampaikan dengan lebih lancar.

Harap maklum

https://twitter.com/e_smtkuantan
https://www.facebook.com/SMTeknikkuantan

07 Januari, 2013

Semakan Markah Kokurikulum pelajar sesi 2011-2012

Semakan untuk markah kokurikulum bagi pelajar pelajar sesi 2011 dan 2012 boleh disemak di pautan dibawah ini

Sila klik di sini untuk senarai markah Kokurikulum

Sekiranya terdapat sebarang masalah, diminta untuk berhubung dengan GPK Kokurikulum SM Teknik Kuantan secepat mungkin

10 Disember, 2012

20000 Pelawat!

Laman Blog Sekolah Menengah Teknik Kuantan sudah mencapai rekod 20000 pelawat~!

Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog ini kerana tanpa pelawat maka tidak berfungsilah blog ini. Jawatankuasa Pengurusan blog sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan kami akan cuba untuk memantapkan lagi blog ini di masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi diucapkan dan singgah singgahlah selalu di masa akan datang.

- Pengurusan Blog Sekolah

29 November, 2012

Semakan Senarai Nama Pelajar Asrama 2013

Berikut adalah senarai nama pelajar yang diterima untuk menghuni asrama pada tahun 2013

Senarai Nama Pelajar Lelaki - klik sini 

Senarai Nama Pelajar Perempuan - klik sini

Senarai Nama Pelajar yang Tidak Diterima ke Asrama 2013, Lelaki dan Perempuan - klik sini

Diharap semua pelajar mengambil perhatian terhadap nama masing masing. Bagi senarai pelajar yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat seminggu selepas hari persekolahan melalui Tuan Pengetua. 

Pendaftaran asrama adalah pada 1hb Januari 2013 (Selasa)bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang di bilik Warden, bersama penjaga masing-masing. 

Manakala hari persekolahan ialah 2hb Januari 2013 (Rabu). 

Pada hari pendaftaran pelajar diwajibkan membeli buku panduan dan catatan harian asrama di kaunter yang ditetapkan.

*ralat : ahli dorm i1, i2 dan L sudah dikemaskini (11.08 pagi 29/11/2012)
*ralat #2 : ahli dorm W dikemaskini ( 5.02 Petang 29/11/2012 ) 

26 Julai, 2012

Jadual Ujian 2 SMT Kuantan

31 Julai 2012 (Selasa)

Add. Math (1 Jam 30 Min)
7.45 pagi -9.15 pagi

Sejarah (1 Jam)
9.45 pagi - 10.45 pagi

B. Melayu (1 jam 30min)
11.30 pagi - 1.00 petang

P.Islam/Moral ( 1 jam)
1.30 petang - 2.30 petang

-------------------------------

1 Ogos 2012 ( Rabu )

Perdagangan (1 jam)
8.30 pagi - 9.30 pagi

Fizik (1jam 30min)
8.30 pagi - 10.00 pagi

B. Inggeris (1 jam 30 min)
11.15 pagi - 12.45 tengahari

PKA/PKE/PKM/PKU (1 jam)
1.30 petang - 2.30 petang

---------------------------------

2 Ogos 2012 (Khamis)

Kimia / Sains Teras (1 jam 30 min)
8.00 pagi - 9.30 pagi

LK / P. Perakaunan (*1 jam 30min T.5) (1jam T.4)
11.00 pagi - 12.30 pagi *
11.30 pagi - 12.30 pagi

Matematik (*1jam 30 min T.5) (1 jam T.4)
1.00 petang - 2.30 petang *
1.30 petang - 2.30 petang

24 Julai, 2012

Perubahan Takwim Sekolah Rev 1.7

Rev 1.7:
- Pada 31 Julai - 2 Ogos ditambah, Ujian ke-3 Tingkatan 4 & 5 (Pindaan dari tarikh asal 24-26 Julai)
- Pada 13 Ogos ditambah, Program Pecutan Akhir SPM & STPM
- Pada 15 Ogos ditambah, Majlis Khatam al-Quran dan Ceramah.
- Sehubungan dengan Kem Akademik yang diadakan pada 13-15 Julai, Ceramah mengikut subjek yang dirancang di dalam takwim pada bulan Julai & Ogos sudah dijalankan.  

Pihak Pengurusan Asrama juga ingin memaklumkan kepada Ibu Bapa bahawa sepanjang bulan puasa ini, pelajar pulang ke rumah/outing adalah seperti biasa dan mengikut takwim yang telah disediakan. Harap Maklum. 

13 Julai, 2012

Program Pecutan Akhir SPM STPM

Satu program pecutan akhir SPM & STPM akan diadakan dan butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 13 Ogos 2012
Masa : 0830 - 1700
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun

diharap semua pihak yang terlibat dapat memberi perhatian kepada maklumat tersebut dan hadir untuk memantapkan lagi keputusan kita.

23 April, 2012

Maklumat Peperiksaan

Maklumat mengenai peperiksaan pertengahan tahun sudah diedit pada kalendar takwim sekolah (Rev 1.5 )

Harap Maklum

19 April, 2012

Program Pertukaran Pelajar



Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan - SMT Terengganu. 22-27 Mei 2012 melibatkan pelajar aliran pengurusan. Seramai 22 orang Pelajar 5P1, 3 orang pelajar Pengurusan 5 Bestari, 1 orang pelajar 5P2 akan ke SMT Terengganu

Program Tomorrow's Leader

Program Tomorrow's Leader anjuran JK Pusat Sumber dan koperasi pada 4-5 Mei 2012 di Duta Village, Sg Karang Kuantan. Pelajar seramai 38 orang yang terdiri daripada 30 pengawas Pusat Sumber dan 8 orang pengawas koperasi. Kursus ini akan dikendalikan oleh fasilitator negeri Pahang (pegawai AADK Bera) En Mohd Fadzil bin Mohamad.

Jika ada pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Sahrulzana Yaacob ( Guru Pusat Sumber )

02 Februari, 2012

ENGLISH LANGUAGE SEMINAR

REMINDER TO ALL FORM FIVE STUDENTS

Date : 4th February 2012 ( Saturday )
Time : 8.30 am to 10.30 am
Venue : Ibnu Khaldun Hall

Attendance is compulsory. Bring your PRIME & PEACE modules

19 Januari, 2012

SMT KUANTAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN (COE)

Selaras dengan dasar kerajaan mengekalkan 10 buah SMT di Malaysia, SMT Kuantan telah dipilih dan diamanahkan oleh pihak BPTV sebagai COE bagi 2 mata pelajaran iaitu Prinsip Perakaunan (P.A) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Oleh itu, demi memenuhi aspirasi kerajaan, SMT Kuantan giat berusaha dan bergerak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2013. Insyaallah dengan budaya kerja yang cemerlang, kerjasama erat seluruh warga sekolah telah berusaha ke arah penambahbaikan secara berterusan di setiap entiti organisasi agar matlamat yang disasarkan di hadapan akan dapat dicapai.

-CCK525-

18 Januari, 2012

Mesyuarat Bidang Teknikal Bil 1/2012

Mesyuarat Bidang Teknikal Bil 1/2010 pada 18 Januari 2012 jam 2.45 petang bertempat di Bilik Gerakan. Semua guru teknikal diwajibkan hadir.

04 Januari, 2012

Borang Pendaftaran Terkini 2012

Perhatian kepada semua pelajar yang telah mendaftar dengan SMT Kuantan, sila memuat turun borang pendaftaran terkini pada pautan yang berada di bawah:

Borang Pendaftaran Terkini 2012

02 Januari, 2012

Tawaran Kemasukan Tingkatan 4 Ke SMT Kuantan Sesi 2012

Calon yang memohon secara online, sila buat semakan dilaman web bagi perakuan kemasukan dan cetakan surat tawaran
klik di sini untuk semak

12 Disember, 2011

Pengumuman Kemasukan Asrama SMT Kuantan 2012

Pihak Pengurusan Asrama telah menetapkan bahawa tarikh pendaftaran kemasukan Asrama sesi 2012 adalah pada 3 Januari 2012 (Selasa) pada pukul 2.00 - 5.00 pm. Sehubungan dengan itu surat maklum balas kepada semua pelajar tingkatan 5 yang memohon telah diedarkan bermula hari ini. Sukacita diingatkan bahawa para pelajar dikehendaki WAJIB membawa segala kelengkapan asrama yang telah dimaklumkan. Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

31 Oktober, 2011

Solat Hajat Perdana 2011

Program solat hajat perdana akan diadakan pada minggu ini dan butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 4/11/2011

Masa. : 7.30 pagi -12.00 tengah hari

Peserta: Semua Pelajar SPM&STPM

10 Oktober, 2011

Mesyuarat Majlis Perasmian Program Pemberian Netbook 1 Malaysia


Semua ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Program Pemberian Netbook 1 Malaysia sila hadir ke Mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut :



Tarikh                         : 11 Oktober 2011
Masa                          : 3.00 Petang
Tempat                       : Bilik Gerakan

Sila rujuk senarai jawatankuasa