Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

26 Februari, 2012

Lawatan ke TATi kolej 2012

Lawatan pelajar PRS ke TATi kolej Pada hari ahad, 26hb Februari pelajar PRS sekolah telah melawat ke TATi kolej untuk melihat bengkel Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Pelajar telah bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Encik Zainal Arifin telah membawa para pelajar untuk melawati kawasan bengkel Kejuruteraan Pembuatan. Kemudian pelajar dibawa untuk melawat Fakulti Kejuruteraan Kimia and En Mashilmi telah menluangkan masa untuk menerangkan kepada pelajar mengenai bilik Pemprosesan Polimer dan beberapa pelajar telah berjaya memenangi beberapa keychain yang baru sahaja dibuat pada waktu itu. Seterusnya pelajar dibawa untuk melawat Fakulti Elektrik dan Automasi dimana En Azman telah meluangkan masa untuk membawa para pelajar untuk melihat robot-robot yang diimport dari Jerman dan Jepun.

Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak TATi UC kerana menjemput dan meluangkan masa untuk memberi taklimat dan input kepada pelajar SMT Kuantan mengenai peluang yang mereka ada selepas SPM nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan