Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

18 April, 2014

KARNIVAL VOKTEK 
ZON PAHANG TAHUN 2014

Bola Sepak - JOHAN
Ragbi - JOHAN
Bola Jaring - Naib JOHAN
Sofbol - Penyertaan
Sepak Takraw (Regu A) - Tempat Ke 3 Bersama
Bola Tampar (Acara baru) - 25 - 27 April 2014

28 Januari, 2014

Markah Kokurikulum 2013

Markah kokurikulum 2013 telah dihantar ke KPM pada 27 Januari 2014. Oleh itu sebarang pembetulan markah tidak dapat dilakukan.

15 Januari, 2014

Markah Kokurikulum 2013

Perhatian kepada semua pelajar SPM 2013:-

Sila semak markah kokurikulum anda dan jika ada sebarang pembetulan sila berurusan terus dengan Pk Kokurikulum Sm Teknik Kuantan.

Markah Kokurikulum SPM 2013

13 Januari, 2014

Semakan Tawaran Kemasukan Teknik Vokasional 2014 - Update 02

Klik pada pautan di bawah ini untuk menyemak tawaran anda ke Teknik dan Vokasional.

Semakan ke Kolej Vokasional dan Teknik 2014

---

Pada pautan yang sebelum ini, telah ditambah satu fail baru iaitu senarai harga barang yang perlu dibeli oleh pelajar pada hari pendaftara. Diharap dapat dijadikan rujukan kepada semua yang akan datang mendaftar.

Borang Pendaftaran Tingkatan 4 tahun 2014

Sebarang masalah boleh dirujuk di laman blog ini ataupun di laman FB sekolah:

Sekolah Menengah Teknik Kuantan Official

03 Januari, 2014

Tawaran Kemasukan SMT Kuantan 2014

Kepada pemohon sila semak nama anda samada telah diterima atau tidak.
Sekiranya diterima, sila klik setuju terima tawaran dan cetak perkara berikut

a) Surat tawaran
b) Borang TED 4 & 5
c) PT, Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Sila klik pautan di bawah ini untuk
1) Borang kemasukan
2) Borang Asrama
3) Borang SMM
4) Senarai Yuran

Borang Pendaftaran Tingkatan 4 tahun 2014

Sila semak blog ini dari semasa ke semasa untuk sebarang perubahan atau penambahan maklumat. Sebarang persoalan boleh ditujukan samada di bahagian komen di sini ataupun di laman facebook rasmi SMT Kuantan

Sekolah Menengah Teknik Kuantan Official

18 September, 2013

Permohonan masuk ke sekolah Teknik dan Koleh Vokasional

Kepada mana-mana pelajar yang berminat, permohonan masuk ke SM Teknik dan Kolej Vokasional sudahpun dibuka. Oleh itu, sekiranya anda ingin menyertai kami di SMT Kuantan, silalah lawat laman web di bawah ini untuk mula memohon untuk memasuki SM Teknik atau Kolej Vokasional. Kami menanti permohonan anda!

Klik sini untuk memohon ke SMT dan KV

09 Jun, 2013

Lawatan Ke Sabah Satu Pengalaman Terindah

Pada 31 Mei - 4 Jun 2013, Pengurusan Asrama SMT Kuantan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Sabah. Seramai 16 orang pelajar dan 9 orang guru menyertai lawatan tersebut. Rata-rata pelajar sangat teruja kerana buat pertama kali menjejakkan kaki ke negeri di bawah ini.





17 April, 2013

Majalah Sekolah SMT Kuantan 2012

Perhatian kepada semua pelajar tahun 2012 SMT Kuantan, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua bahawa Majalah Sekolah SMT Kuantan bagi sesi tahun 2012 sudah siap dicetak dan sudah boleh dipungut oleh kesemua pelajar sesi 2012. Anda diingatkan untuk berurusan dengan guru kelas anda untuk proses mengambil buku anda dan diingatkan supaya berbuat demikian pada waktu persekolahan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat dengan penghasilan majalah ini dan kami berharap anda akan terhibur dengan hasilnya.

Sekian terima kasih.

EDIT : Pembetulan, sila ambil buku tersebut di bilik guru tingkatan 6 sebelum pukul 3 petang. Kepada pelajar yang berasal dari luar Kuantan, buku tersebut akan dipos ke alamat rumah anda. Harap maklum

11 Mac, 2013

Mesyuarat Pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Untuk Kakitangan BPTV

Tarikh       :  8 Mac 2013
Tempat     : SM Teknik Kuantan
Pengerusi  : Yang Berbahagia Tuan Haji Tajudin Bin Jab
                  Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
                  Kementerian Pelajaran Malaysia