Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

06 Ogos, 2011

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM






Panitia Bahasa Melayu SMTK telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM pada 6 Ogos 2011 (bersamaan 6 Ramadan 1432) iaitu hari Sabtu. Seminar bermula pada 8.30 am hingga 12.00 pm bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Puan Kamariah dari SMK Paya Besar dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Secara keseluruhannya, kehadiran para pelajar tidak memuaskan kerana hanya melibatkan kelas pemulihan sahaja walaupun seminar ini dibuka untuk semua pelajar tingkatan 5. Diharapkan seminar ini dapat menambahkan pengetahuan dan keyakinan pelajar untuk berdepan dengan SPM tiga bulan akan datang.

1 ulasan: