Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

23 Februari, 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Tarikh : 23.2.2013
Masa : 7.30 - 11.00 pagi






Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tarikh : 22.2.2013
Program yang dijalankan:
1. Perarakan
2. Persembahan Pakaian Sunnah Nabi Muhammad SAW
3. Bacaan Al-Quran oleh Juara Tilawah Peringkat Kebangsaan iaitu Danial Hadi Samion
4. Ceramah Agama

5. Jamuan yang ditaja oleh seorang penjaga pelajar dan pengurusan asrama.

Merakam Keindahan Pantai Bersama Kelab Fotografi 2013




02 Februari, 2013

Kejohanan Boling Kakitangan SMT Kuantan 2013






Kelab Kakitangan SMT Kuantan telah menganjurkan kejohanan boling di Kuantan Plaza pada 2.2.2013. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kakitangan SMT Kuantan antara satu sama lain.

19 Januari, 2013

Kursus Kepimpinan Melalui Teladan untuk guru

Unit latihan SMT Kuantan telah menganjurkan kursus kepimpinan untuk guru dan staff. Ceramah pada hari tersebut disampaikan oleh En hj Azman Taher dan pembantunya En Azrel

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih!




07 Januari, 2013

Semakan Markah Kokurikulum pelajar sesi 2011-2012

Semakan untuk markah kokurikulum bagi pelajar pelajar sesi 2011 dan 2012 boleh disemak di pautan dibawah ini

Sila klik di sini untuk senarai markah Kokurikulum

Sekiranya terdapat sebarang masalah, diminta untuk berhubung dengan GPK Kokurikulum SM Teknik Kuantan secepat mungkin

06 Januari, 2013

Markah Kokurikulum 2012

Assalamualaikum... perhatian kepada semua pelajar SPM 2012.....
Terdapat perubahan pada MARKAH  KOKURIKULUM pelajar setelah semakan semula dibuat.. 

1. Oleh itu pelajar-pelajar seperti senarai di bawah diminta menghubungi GPK KOKO (Cik Suria) untuk mendapatkan markah terbaru anda.Pelajar tersebut ialah 5 BESTARI, 5E2, 5E1, 5P1 dan mana2 pelajar yang masih belum mendapatkan markah koko. 
2. Mana-mana pelajar yang ingin membetulkan markah KOKO atau menyerahkan markah Ting. 1, 2 dan 3 masih boleh berbuat demikian sebelum 15/1/2013


HARAP MAKLUM dan sila maklumkan rakan2 anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda tersalah masuk markah semasa mengisi BORANG UPU...

Sekian, Terima Kasih....

GPK KOKO SMT KUANTAN

10 Disember, 2012

20000 Pelawat!

Laman Blog Sekolah Menengah Teknik Kuantan sudah mencapai rekod 20000 pelawat~!

Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog ini kerana tanpa pelawat maka tidak berfungsilah blog ini. Jawatankuasa Pengurusan blog sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan kami akan cuba untuk memantapkan lagi blog ini di masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi diucapkan dan singgah singgahlah selalu di masa akan datang.

- Pengurusan Blog Sekolah

29 November, 2012

Semakan Senarai Nama Pelajar Asrama 2013

Berikut adalah senarai nama pelajar yang diterima untuk menghuni asrama pada tahun 2013

Senarai Nama Pelajar Lelaki - klik sini 

Senarai Nama Pelajar Perempuan - klik sini

Senarai Nama Pelajar yang Tidak Diterima ke Asrama 2013, Lelaki dan Perempuan - klik sini

Diharap semua pelajar mengambil perhatian terhadap nama masing masing. Bagi senarai pelajar yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat seminggu selepas hari persekolahan melalui Tuan Pengetua. 

Pendaftaran asrama adalah pada 1hb Januari 2013 (Selasa)bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang di bilik Warden, bersama penjaga masing-masing. 

Manakala hari persekolahan ialah 2hb Januari 2013 (Rabu). 

Pada hari pendaftaran pelajar diwajibkan membeli buku panduan dan catatan harian asrama di kaunter yang ditetapkan.

*ralat : ahli dorm i1, i2 dan L sudah dikemaskini (11.08 pagi 29/11/2012)
*ralat #2 : ahli dorm W dikemaskini ( 5.02 Petang 29/11/2012 ) 

14 November, 2012

JADUAL WAKTU KELAS SENTUHAN AKHIR

Disini disediakan jadual waktu untuk kelas sentuhan akhir bagi pelajar tingkatan 5 yang mendudukan peperiksaan. Harap maklum kepada para pelajar dan ibu bapa.

Klil pada gambar untuk size yang sebenar