Pautan Dalaman
Pengumuman
30 Mei, 2012
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Kebangsaan
SMT Kuantan telah dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada 25 - 28 Mei 2012. Majlis tersebut berjalan lancar dan negeri Kelantan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
12 Mei, 2012
Pertandingan Robotik Peringkat BPTV (Kebangsaan)
| Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab |
| Pertandingan Sedang Berlangsung |
Pada 12hb 5 2012, Sekolah Menengah Teknik Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Robotik peringkat BPTV (Kebangsaan). Pertandingan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengarah BPTV Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab untuk merasmikan pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat untuk bersama-sama dengan kami pada hari ini.
| Pasukan Robotik Sekolah bersama Cikgu Sudin |
23 April, 2012
Maklumat Peperiksaan
Maklumat mengenai peperiksaan pertengahan tahun sudah diedit pada kalendar takwim sekolah (Rev 1.5 )
Harap Maklum
Harap Maklum
22 April, 2012
Perubahan Takwim Sekolah Rev 1.4
Rev 1.4 :
- Pada 11-12 May ditambah, Pertandingan Robotik
- Pada 25-28 May ditambah, Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan
- Pada 5-7 May ditambah, gotong royong perdana Asrama.
- Pada 11 May ditambah, Balik Kampung Pilihan (ASRAMA)
- Pada 22-27 April ditambah, Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan & SMT Terengganu
Harap Maklum
- Pada 11-12 May ditambah, Pertandingan Robotik
- Pada 25-28 May ditambah, Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan
- Pada 5-7 May ditambah, gotong royong perdana Asrama.
- Pada 11 May ditambah, Balik Kampung Pilihan (ASRAMA)
- Pada 22-27 April ditambah, Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan & SMT Terengganu
Harap Maklum
20 April, 2012
Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah
Pengurusan Asrama dan Bidang Kemanusiaan telah mengadakan Kursus Jenazah pada 14 April 2012. Semoga kursus ini memberi input yang berguna kepada para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada guru yang hadir dan penceramah yang sudi menyampaikan ilmu teori dan praktikal.
19 April, 2012
Program Pertukaran Pelajar
Program Pertukaran Pelajar SMT Kuantan - SMT Terengganu. 22-27 Mei 2012 melibatkan pelajar aliran pengurusan. Seramai 22 orang Pelajar 5P1, 3 orang pelajar Pengurusan 5 Bestari, 1 orang pelajar 5P2 akan ke SMT Terengganu
Program Tomorrow's Leader
Program Tomorrow's Leader anjuran JK Pusat Sumber dan koperasi pada 4-5 Mei 2012 di Duta Village, Sg Karang Kuantan. Pelajar seramai 38 orang yang terdiri daripada 30 pengawas Pusat Sumber dan 8 orang pengawas koperasi. Kursus ini akan dikendalikan oleh fasilitator negeri Pahang (pegawai AADK Bera) En Mohd Fadzil bin Mohamad.
Jika ada pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Sahrulzana Yaacob ( Guru Pusat Sumber )
Jika ada pertanyaan boleh berhubung dengan Pn Sahrulzana Yaacob ( Guru Pusat Sumber )
07 April, 2012
Majlis Konsolidasi Transformasi Vokasional
Pada 7hb April 2012, Majlis Konsolidasi Transformasi Vokasional telah diadakan di SMV Muadzam Shah. Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk menjelaskan kepada semua warga teknik dan vokasional tentang arah tuju BPTV dengan perubahan transformasi Kolej Vokasional. Dengan penjelasan yang telah diberikan pada hari tersebut diharap semua pihak sekarang sudah jelas tentang visi dan misi kita yang terbaru sekarang.
01 April, 2012
23 Mac, 2012
Sekitar Fiesta Akademik
Langgan:
Catatan (Atom)

