Pada 7.3.2012. Sidang Redaksi Sekolah menemu bual seorang lagi bekas pelajar TI iaitu Dato' Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin. Beliau merupakan ADUN Lanchang merangkap salah seorang Exco Kanan Kerajaan Negeri Pahang. Beliau juga menjawat jawatan Timbalan Badan Perhubungan UMNO Pahang. Sepanjang temu bual, beliau merupakan seorang yang sangat mesra. Dalam temu bual tersebut, beliau telah menceritakan kehidupannya semasa menuntut di TI iaitu SMT Kuantan.
Pautan Dalaman
Pengumuman
12 Mac, 2012
05 Mac, 2012
Gotong Royong Perdana
Pada bulan Februari lepas, iaitu pada tarikh 18 Februari 2012, satu gotong royong perdana telah dijalankan untuk membersih kawasan sekolah. Gotong Royong perdana kali ini telah dijayakan dengan bantuan pihak MPK untuk menebang beberapa pokok di kawasan sekolah. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program gotong royong ini.Pada hari yang berikutnya, Gotong Royong Asrama
telah dilangsungkan dan pada hari ini juga pihak MPK telah datang untuk memberikan bantuan kepada pihak sekolah.Program ini berjalan dengan lancarnya dan sekarang kawasan perkarangan sekolah sudah banyak berbeza dan kelihatan lebih cerah dan ceria. Tanpa kerjasama semua pihak, program ini sudah pasti tidak akan berjaya. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
04 Mac, 2012
Kem Kepimpinan Pelajar Berjawatan Khas
Pada 2hb Mac 2012 sehingga 4hb Mac 2012, telah diadakan kem Kepimpinan bagi pelajar pelajar yang berjawatan khas. Kem ini telah disertai oleh Pengawas Sekolah, Majlis Perwakilan Asrama dan Pembimbing Rakan Sebaya dan ia diajur oleh unit Kaunseling sekolah bersama-sama dengan unit Disiplin dan Warden Asrama SMT Kuantan. Kem selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Kem Pandan, Panching telah diadakan dengan jayanya. Pihak sekolah berharap, kesemua peserja dapat menerima input yang diberikan pada kem tersebut untuk menjadi individu yang lebih cemerlang dan sekali gus menjadi pemimpin yang berjaya di masa akan datang kelak.
29 Februari, 2012
Lawatan 5S
Lawatan 5S ke Sekolah Menengah Vokasional Bentong, diketuai oleh Ustaz Yahya dan Encik Rosmidi. Lawatan ini dibuat dengan harapan sedikit sebanyak mempelajari tentang tatacara dan sistem prosedur 5S yang sudah diamalkan oleh SMV Bentong.
26 Februari, 2012
Lawatan ke TATi kolej 2012
Lawatan pelajar PRS ke TATi kolej
Pada hari ahad, 26hb Februari pelajar PRS sekolah telah melawat ke TATi kolej untuk melihat bengkel Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Pelajar telah bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dan tiba pada pukul 9.30 pagi. Encik Zainal Arifin telah membawa para pelajar untuk melawati kawasan bengkel Kejuruteraan Pembuatan. Kemudian pelajar dibawa untuk melawat Fakulti Kejuruteraan Kimia and En Mashilmi telah menluangkan masa untuk menerangkan kepada pelajar mengenai bilik Pemprosesan Polimer dan beberapa pelajar telah berjaya memenangi beberapa keychain yang baru sahaja dibuat pada waktu itu. Seterusnya pelajar dibawa untuk melawat Fakulti Elektrik dan Automasi dimana En Azman telah meluangkan masa untuk membawa para pelajar untuk melihat robot-robot yang diimport dari Jerman dan Jepun.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak TATi UC kerana menjemput dan meluangkan masa untuk memberi taklimat dan input kepada pelajar SMT Kuantan mengenai peluang yang mereka ada selepas SPM nanti.
Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak TATi UC kerana menjemput dan meluangkan masa untuk memberi taklimat dan input kepada pelajar SMT Kuantan mengenai peluang yang mereka ada selepas SPM nanti.
06 Februari, 2012
XPDC Ke Bukit Pelindung dan Teluk Cempedak
Tarikh : 6.2.2012
Masa : 9.00 am - 1.30 pm
Guru Pengiring : En. Mohd Fahdeli Isa, Sir Khalis, En. Mohamad Azri dan Cik Aini
Seramai 59 orang pelajar asrama (38 lelaki dan 21 perempuan) telah mengikuti program berjalan kaki ke Bukit Pelindung seterusnya ke Teluk Cempedak. Objektif utama program adalah untuk mengisi masa lapang pelajar yang tidak pulang, menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
04 Februari, 2012
Temu Bual Bersama YDP Majlis Perbandaran Kuantan
Pada 1 Februari 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu temu bual bersama YH Dato' Haji Zulkifli Bin Haji Yacob iaitu YDP Majlis Perbandaran Kuantan. Beliau merupakan bekas pelajar SMT Kuantan iaitu pada tahun 1980-1981. Temu bual yang dijalankan bertujuan untuk mengimbau kembali kenangan beliau belajar di sekolah ini yang pada ketika itu dikenali sebagai Technical Institute (TI). Sepanjang berada di TI, beliau mengatakan bahawa TI merupakan kehidupan yang amat bermakna dalam diri beliau dalam menempuhi kematangan hidup. TI banyak mencungkil bakat beliau dalam aspek kepimpinan, akademi dan kokurikulum terutama debat Bahasa Inggeris. Pesanan beliau kepada para pelajar SMT Kuantan ialah belajar dengan tekun dan menggunakan segala manfaat yang ada di SMT Kuantan demi mencapai cita-cita dalam hidup.
02 Februari, 2012
ENGLISH LANGUAGE SEMINAR
REMINDER TO ALL FORM FIVE STUDENTS
Time : 8.30 am to 10.30 am
Venue : Ibnu Khaldun Hall
Attendance is compulsory. Bring your PRIME & PEACE modules
30 Januari, 2012
Kemasukan pelajar tingkatan 4 ambilan ke-3
Sekolah Menengah Teknik Kuantan ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4 ambilan ke-3. Kehadiran anda di sini amat dialu alukan dan kami semua berharap kita akan berjaya bersama sama dalam tempoh 2 tahun ini.
Selamat Datang.
Selamat Datang.
Langgan:
Catatan (Atom)
