Program ceramah yang akan diadakan pada 17 Ogos 2011 (17 Ramadan 1432H) bersempena Nuzul Quran kepada pelajar asrama terpaksa ditunda pada Kuliah Subuh 18. Ogos 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Butiran terbaru seperti berikut:
Masa : 5.50 am (Selepas solat Subuh)
Hari : Khamis
Tempat : Surau SM Teknik Kuantan
Penceramah : Ustaz Yusuf
Semua warga Teknik Kuantan dijemput hadir.
Pautan Dalaman
Pengumuman
17 Ogos, 2011
16 Ogos, 2011
Majlis Tadarus Al-Quran
Satu majlis tadarus al-Quran akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 19.8.2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Maklumat tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
Tarikh : 19.8.2011 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi
Maklumat tambahan akan ditambah dari semasa ke semasa.
15 Ogos, 2011
Bengkel JUJ Kimia - Tingkatan 5
Satu seminar kecemerlangan JUJ kimia akan diadakan pada minggu ini. Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 17/8/2011
Masa : 8.30 - 12.00
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Peserta : Pelajar tingkatan 5
Fokus : Kertas 3 Kimia
Tarikh : 17/8/2011
Masa : 8.30 - 12.00
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
Peserta : Pelajar tingkatan 5
Fokus : Kertas 3 Kimia
Kursus Latihan SAPS
tarikh : 15/8/2011
masa : 1.30 petang
tempat : bilik gerakan
masa : 1.30 petang
tempat : bilik gerakan
13 Ogos, 2011
Tutorial Fizik Tingkatan 5
Pada hari Jumaat, satu kelas Tutorial Fizik diadakan untuk pelajar Tingkatan 5 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun jam 3.00-4.30 ptg. Namun kehadiran pelajar kurang mendapat sambutan kerana ramai pelajar asrama balik pilihan ke kampung. Walau bagaimanapun, pelajar bukan asrama juga turut hadir menunjukkan mereka bersungguh-sungguh untuk belajar. Pelajar yang hadir telah memberi respons yang sangat memberansangkan. Banyak tips-tips telah disampaikan yang biasanya tidak diperoleh dalam kelas walaupun tidak melibatkan penceramah jemputan kerana biasanya dalam 'pnp' guru-guru perlu mengutamakan objektif penyampaian.
09 Ogos, 2011
Ujian 3 Untuk Pelajar Tingkatan 4
Bermula pada hari ini para pelajar tingkatan 4 SMT Kuantan mula menghadapi ujian yang ke 3 meliputi semua mata pelajaran yang diambil. Namun, ujian kali ini tidak mengikut masa ujian yang sebenar kerana tidak melibatkan kesemua bahagian soalan. Ujian 3 kali ini bermula pada 9.8.2011 akan tamat pada hari Khamis iaitu 11 Ogos 2011. Ujian pada kali ini diharapkan dapat menilai secara langsung pencapaian pelajar selepas tujuh bulan dalam semua mata pelajaran.
07 Ogos, 2011
06 Ogos, 2011
Berbuka Puasa Pada Hari Pertama di Asrama Teknik Kuantan




Suasana yang cukup meriah dialami oleh para pelajar asrama Teknik Kuantan di saat waktu berbuka puasa pada hari pertama. Para pelajar mengambil juadah berbuka 40 minit lebih awal bagi mengelakkan beratur panjang. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dan kelihatan wajah riang pelajar menghadapi bulan Ramadan dengan penuh kesabaran.
Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Panitia Bahasa Melayu SMTK telah mengadakan Seminar Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM pada 6 Ogos 2011 (bersamaan 6 Ramadan 1432) iaitu hari Sabtu. Seminar bermula pada 8.30 am hingga 12.00 pm bertempat di Dewan Ibnu Khaldun. Puan Kamariah dari SMK Paya Besar dijemput untuk menyampaikan ceramah tersebut. Secara keseluruhannya, kehadiran para pelajar tidak memuaskan kerana hanya melibatkan kelas pemulihan sahaja walaupun seminar ini dibuka untuk semua pelajar tingkatan 5. Diharapkan seminar ini dapat menambahkan pengetahuan dan keyakinan pelajar untuk berdepan dengan SPM tiga bulan akan datang.
03 Ogos, 2011
Majlis Ihya' Ramadhan Pra-Universiti 2011
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini guru guru tingkatan 6 akan menganjurkan Majlis Ihya' Ramadhan Pra Universiti seperti berikut :
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Tarikh : 4.8.2011
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Tarikh : 4.8.2011
Masa : 8.00 Pagi
Langgan:
Catatan (Atom)