Assalamualaikum... perhatian kepada semua pelajar SPM 2012.....
Terdapat perubahan pada MARKAH KOKURIKULUM pelajar setelah semakan semula dibuat..
1. Oleh itu pelajar-pelajar seperti senarai di bawah diminta menghubungi GPK KOKO (Cik Suria) untuk mendapatkan markah terbaru anda.Pelajar tersebut ialah 5 BESTARI, 5E2, 5E1, 5P1 dan mana2 pelajar yang masih belum mendapatkan markah koko.
2. Mana-mana pelajar yang ingin membetulkan markah KOKO atau menyerahkan markah Ting. 1, 2 dan 3 masih boleh berbuat demikian sebelum 15/1/2013
HARAP MAKLUM dan sila maklumkan rakan2 anda. Ini adalah untuk mengelakkan anda tersalah masuk markah semasa mengisi BORANG UPU...
Sekian, Terima Kasih....
GPK KOKO SMT KUANTAN
Pautan Dalaman
Pengumuman
06 Januari, 2013
10 Disember, 2012
20000 Pelawat!
Laman Blog Sekolah Menengah Teknik Kuantan sudah mencapai rekod 20000 pelawat~!
Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog ini kerana tanpa pelawat maka tidak berfungsilah blog ini. Jawatankuasa Pengurusan blog sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan kami akan cuba untuk memantapkan lagi blog ini di masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi diucapkan dan singgah singgahlah selalu di masa akan datang.
- Pengurusan Blog Sekolah
Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat blog ini kerana tanpa pelawat maka tidak berfungsilah blog ini. Jawatankuasa Pengurusan blog sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelawat dan kami akan cuba untuk memantapkan lagi blog ini di masa akan datang.
Terima kasih sekali lagi diucapkan dan singgah singgahlah selalu di masa akan datang.
- Pengurusan Blog Sekolah
29 November, 2012
Semakan Senarai Nama Pelajar Asrama 2013
Berikut adalah senarai nama pelajar yang diterima untuk menghuni asrama pada tahun 2013
Senarai Nama Pelajar Lelaki - klik sini
Senarai Nama Pelajar Perempuan - klik sini
Senarai Nama Pelajar yang Tidak Diterima ke Asrama 2013, Lelaki dan Perempuan - klik sini
Senarai Nama Pelajar Lelaki - klik sini
Senarai Nama Pelajar Perempuan - klik sini
Senarai Nama Pelajar yang Tidak Diterima ke Asrama 2013, Lelaki dan Perempuan - klik sini
Diharap semua pelajar mengambil perhatian terhadap nama masing masing. Bagi senarai pelajar yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat seminggu selepas hari persekolahan melalui Tuan Pengetua.
Pendaftaran asrama adalah pada 1hb Januari 2013 (Selasa)bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang di bilik Warden, bersama penjaga masing-masing.
Manakala hari persekolahan ialah 2hb Januari 2013 (Rabu).
Pada hari pendaftaran pelajar diwajibkan membeli buku panduan dan catatan harian asrama di kaunter yang ditetapkan.
*ralat : ahli dorm i1, i2 dan L sudah dikemaskini (11.08 pagi 29/11/2012)
*ralat #2 : ahli dorm W dikemaskini ( 5.02 Petang 29/11/2012 )
*ralat : ahli dorm i1, i2 dan L sudah dikemaskini (11.08 pagi 29/11/2012)
*ralat #2 : ahli dorm W dikemaskini ( 5.02 Petang 29/11/2012 )
14 November, 2012
JADUAL WAKTU KELAS SENTUHAN AKHIR
Disini disediakan jadual waktu untuk kelas sentuhan akhir bagi pelajar tingkatan 5 yang mendudukan peperiksaan. Harap maklum kepada para pelajar dan ibu bapa.
![]() | |
| Klil pada gambar untuk size yang sebenar |
05 November, 2012
Permohonan Asrama Sesi 2013
Pihak Pengurusan Asrama telah mengeluarkan borang permohonan asrama pada 29 Oktober 2012 kepada pelajar tingkatan 6 bawah dan tingkatan 4. Kemasukan asrama pada kali ini akan melalui proses yang agak ketat bagi menjamin kualiti pelajar yang menginap. Keputusan permohonan akan disiarkan di laman ini pada awal Disember 2012.
Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama.
Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama.
04 November, 2012
Rombongan Asrama ke Penjara Penor
Pada 4hb november 2012 pihak asrama telah mengadakan lawatan ke penjara
Penor. Seramai 47 ahli rombongan bertolak dengan bas dan kereta dari
pukul 8.30 pagi dan disambut oleh En Suhaimi dan En Hamizan untuk
membantu sepanjang lawatan tersebut.
Pelbagai tempat telah dilawati dan pelbagai maklumat baru telah
diterima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.
Antara aktiviti yang dilalui adalah:
1. Taklimat tatacara lawatan pelawat
2. Melawat bilik lawatan
3. Berbual dengan penghuni Penjara Penor
4. Taklimat mengenai Penjara Malaysia dan Slideshow mengenai Penjara
Penor
Atas ciri-ciri keselamatan, terdapat banyak tempat yang tidak boleh
diambil gambar akan tetapi kami amat bersyukur kerana diberi peluang
untuk melawat dan melihat sendiri keadaan di Penjara Penor.
01 November, 2012
Karnival Sukan Asrama 2012
Acara yang dipertandingkan
1. Gusti lengan
2. Catur
3. Carom
4. Tarik Tali
5. Bola Jaring
6. Timbang bola sepak raga
20 Oktober, 2012
Delegasi Asrama Ke FVOP Tanjung Gelang, Pelabuhan
Pada 19.10.2012, Delegasi asrama yang diketuai oleh En. Fahdeli, En. Nur Khalis, Empat Guru Pelatih dan 55 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Felda Vegetable Oil Product bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang industri pemprosesan. Setinggi penghargaan ditujukan kepada pihak FVOP kerana menerima delegasi asrama dengan tangan terbuka. Semoga lawatan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.
19 Oktober, 2012
'Abang - Abang Long Turun Padang'
SMT Kuantan dikejutkan dengan serbuan abang-abang long bagi membantu membakar semangat adik-adik mereka dalam menghadapi SPM dan STPM 2012. Abang-abang long yang dimaksud tersebut ialah bekas-bekas pelajar SMT Kuantan atau TIOSA.
Semoga suntikan semangat yang diberikan kepada calon-calon SPM dan STPM terus membara sampai bila-bila.
Semoga suntikan semangat yang diberikan kepada calon-calon SPM dan STPM terus membara sampai bila-bila.
Lawatan Para Pelajar Berjawatan Khas
Lawatan Pengawas Sekolah ke Melaka
28 - 29 September 2012
Lawatan Majlis Perwakilan Asrama ke Cameron Highlands
5 - 7 Oktober 2012
Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan berguna kepada pelajar-pelajar berkaitan tenpat-tempat pelancongan dan menghargai sumbangan mereka kepada sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)

