Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

05 November, 2012

Permohonan Asrama Sesi 2013

Pihak Pengurusan Asrama telah mengeluarkan borang permohonan asrama pada 29 Oktober 2012 kepada pelajar tingkatan 6 bawah dan tingkatan 4. Kemasukan asrama pada kali ini akan melalui proses yang agak ketat bagi menjamin kualiti pelajar yang menginap. Keputusan permohonan akan disiarkan di laman ini pada awal Disember 2012.

Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama.

04 November, 2012

Rombongan Asrama ke Penjara Penor




Pada 4hb november 2012 pihak asrama telah mengadakan lawatan ke penjara Penor. Seramai 47 ahli rombongan bertolak dengan bas dan kereta dari pukul 8.30 pagi dan disambut oleh En Suhaimi dan En Hamizan untuk membantu sepanjang lawatan tersebut. Pelbagai tempat telah dilawati dan pelbagai maklumat baru telah diterima. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Antara aktiviti yang dilalui adalah: 1. Taklimat tatacara lawatan pelawat 2. Melawat bilik lawatan 3. Berbual dengan penghuni Penjara Penor 4. Taklimat mengenai Penjara Malaysia dan Slideshow mengenai Penjara Penor Atas ciri-ciri keselamatan, terdapat banyak tempat yang tidak boleh diambil gambar akan tetapi kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat dan melihat sendiri keadaan di Penjara Penor.





01 November, 2012

Karnival Sukan Asrama 2012

Tarikh : 30.10 - 1.11. 2012
Acara yang dipertandingkan
1. Gusti lengan
2. Catur
3. Carom
4. Tarik Tali
5. Bola Jaring
6. Timbang bola sepak raga






20 Oktober, 2012

Delegasi Asrama Ke FVOP Tanjung Gelang, Pelabuhan

Pada 19.10.2012, Delegasi asrama yang diketuai oleh En. Fahdeli, En. Nur Khalis, Empat Guru Pelatih dan 55 orang pelajar telah mengadakan lawatan ke Felda Vegetable Oil Product bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang industri pemprosesan. Setinggi penghargaan ditujukan kepada pihak FVOP kerana menerima delegasi asrama dengan tangan terbuka. Semoga lawatan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

19 Oktober, 2012

'Abang - Abang Long Turun Padang'

SMT Kuantan dikejutkan dengan serbuan abang-abang long bagi membantu membakar semangat adik-adik mereka dalam menghadapi SPM dan STPM 2012. Abang-abang long yang dimaksud tersebut ialah bekas-bekas pelajar SMT Kuantan atau TIOSA.


Semoga suntikan semangat yang diberikan kepada calon-calon SPM dan STPM terus membara sampai bila-bila.

Lawatan Para Pelajar Berjawatan Khas


Lawatan Pengawas Sekolah ke Melaka
28 - 29 September 2012

Lawatan Majlis Perwakilan Asrama ke Cameron Highlands
5 - 7 Oktober 2012

Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan berguna kepada pelajar-pelajar berkaitan tenpat-tempat pelancongan dan menghargai sumbangan mereka kepada sekolah.

01 September, 2012

Sambutan Ambang Merdeka Asrama SMT Kuantan 2012

Program yang telah dilaksanakan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke -  55 tahun oleh Pengurusan Asrama ialah:

1. Pengisian rohani oleh Ustaz Khairil Imran (Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang) yang bertajuk Remaja dan Merdeka serta Solat Hajat.

2. Tayangan Filem Patriotisme iaitu  The Kingdom of Heaven

3. Laungan ambang merdeka detik 12.00 tengah malam.




 


15 Ogos, 2012

Sesi Ceramah oleh Imam Muda Nuri

Hari : Rabu
Masa : 9.oo - 10.30 am
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun
 
Diharap semua warga SMT Kuantan mendapat manfaat berguna melalui inti pati ceramah yang disampaikan.



08 Ogos, 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan SMT Kuantan 2012



Sambutan Bulan Kemerdekaan SMT Kuantan 2012 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Wahab Bin Maadah di Dewan Ibnu Khaldun. Diharap semua warga sekolah dapat menghayati erti kemerdekaan agar pemantapan jati diri dapat diperteguh.