Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

18 Januari, 2012

Majlis Makan Malam
Perpisahan Pengetua
-Setulus Kasih Seindah Memori-

13 Januari 2012
Swiss Garden Resort & Spa

kalau tidak kerana unggas
tidaklah rosak padi di sawah
kalaulah tidak kerana tugas
tidaklah kita akan terpisah

Ayam Rintik di tepi hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga.

Jamuan Perpisahan dengan Pengetua - Setulus Kasih Seindah Memori

Pada hari Jumaat 13hb Januari telah diadakan satu jamuan perpisahan dengan Pengetua di Swiss Garden Resort and Spa


15 Januari, 2012

Jamuan Akhir Tahun Asrama 2011 dalam Kenangan

Jamuan akhir tahun asrama 2011 diadakan dengan suasana yang penuh meriah dan merupakan kali terakhir bersama Tuan Pengetua En. Ideris Bin Abdul Rahim kerana beliau telah diarah berpindah sebagai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Akademik BPTV di Putra Jaya berkuatkuasa 16 Januari 2012.

04 Januari, 2012

Borang Pendaftaran Terkini 2012

Perhatian kepada semua pelajar yang telah mendaftar dengan SMT Kuantan, sila memuat turun borang pendaftaran terkini pada pautan yang berada di bawah:

Borang Pendaftaran Terkini 2012

02 Januari, 2012

Tawaran Kemasukan Tingkatan 4 Ke SMT Kuantan Sesi 2012

Calon yang memohon secara online, sila buat semakan dilaman web bagi perakuan kemasukan dan cetakan surat tawaran
klik di sini untuk semak

12 Disember, 2011

Pengumuman Kemasukan Asrama SMT Kuantan 2012

Pihak Pengurusan Asrama telah menetapkan bahawa tarikh pendaftaran kemasukan Asrama sesi 2012 adalah pada 3 Januari 2012 (Selasa) pada pukul 2.00 - 5.00 pm. Sehubungan dengan itu surat maklum balas kepada semua pelajar tingkatan 5 yang memohon telah diedarkan bermula hari ini. Sukacita diingatkan bahawa para pelajar dikehendaki WAJIB membawa segala kelengkapan asrama yang telah dimaklumkan. Segala pertanyaan boleh berhubung terus dengan pengurusan asrama. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

26 November, 2011

Tentatif Lawatan Benchmarking di Pulau Pinang


    LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM LAWATAN BENCH MARKING
ASRAMA GEMILANG DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN, PAHANG

Tarikh/Hari
Masa
program

2 Disember  2011
(Jumaat)

5.00 pagi

3.00 – 5.00 petang





5.00 petang

8.00-11.00 malam

-          Bertolak dari SM Teknik Kuantan ke Pulau Pinang.
-          Dijangka tiba di Pulau Pinang dan melawat ke Sekolah MenengahVokasional Batu Lanchang,Pulau Pinang                untuk lawatan bench marking Asrama Gemilang.
-          Check-in ke tempat penginapan dan berehat
-          Makan malam dan aktiviti  
     “Santai Minda”
3 Disember 2011
(Sabtu)











4 Disember 2011
(Ahad)



9.00  pagi –
3.30 petang

3.30 – 5.00 petang



7.30 malam





8.00 – 12.00  pagi





12.00 tghari



10.00 malam
            -   Program Jejak Pulau di tempat-
                tempat menarik di Pulau Pinang

-          Bertolak ke Alor Setar dan check-in ke tempat penginapan.

-           Program Santai Minda di  Alor Setar




-          Bertolak ke Sg.Petani untuk lawatan Asrama Gemilang dan Bench Marking ke  SMV Sg.Petani 1 dan SMV Sg Petani 2.

-          bertolak pulang ke SM Teknik Kuantan

-          Dijangka tiba di SM Teknik Kuantan













11 November, 2011

Karnival Pembangunan Sukan SMT/V Zon Pahang Softball



Karnival Pembangunan Sukan SMT/V Zon Pahang telah diadakan pada hari Selasa iaitu 8 November 2011. SMT Kuantan telah memenangi pingat emas bagi kedua-dua kategori iaitu lelaki dan perempuan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemain, Ketua Jurulatih En. Jasro, Cik Izza dan Pn. Rosmariani. Pada 10-13 November 2011, pasukan Softball SMT Kuantan akan menyertai Karnival Pembangunan Sukan SMT/V Peringkat Kebangsaan di SMT Muazam Shah. Semoga berjaya.

03 November, 2011

Sekitar Program Pecutan Akhir






Program Pecutan Akhir yang telah berlangsung dengan jayanya diharap memberi manfaat kepada para pelajar.