Sekolah Menengah Teknik Kuantan ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4 ambilan ke-3. Kehadiran anda di sini amat dialu alukan dan kami semua berharap kita akan berjaya bersama sama dalam tempoh 2 tahun ini.
Mesyuarat Bidang Teknikal Bil 1/2010 pada 18 Januari 2012 jam 2.45 petang bertempat di Bilik Gerakan. Semua guru teknikal diwajibkan hadir.
Majlis Makan Malam Perpisahan Pengetua -Setulus Kasih Seindah Memori-
13 Januari 2012 Swiss Garden Resort & Spa
kalau tidak kerana unggas tidaklah rosak padi di sawah kalaulah tidak kerana tugas tidaklah kita akan terpisah Ayam Rintik di tepi hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga.
Jamuan akhir tahun asrama 2011 diadakan dengan suasana yang penuh meriah dan merupakan kali terakhir bersama Tuan Pengetua En. Ideris Bin Abdul Rahim kerana beliau telah diarah berpindah sebagai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Akademik BPTV di Putra Jaya berkuatkuasa 16 Januari 2012.