Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

30 Januari, 2012

Kemasukan pelajar tingkatan 4 ambilan ke-3

Sekolah Menengah Teknik Kuantan ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4 ambilan ke-3. Kehadiran anda di sini amat dialu alukan dan kami semua berharap kita akan berjaya bersama sama dalam tempoh 2 tahun ini.

Selamat Datang.

19 Januari, 2012

Majlis Makan Malam Sempena Pertukaran Pengetua ke BPTV di Hotel Swiss Garden & Spa







SMT KUANTAN SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN (COE)

Selaras dengan dasar kerajaan mengekalkan 10 buah SMT di Malaysia, SMT Kuantan telah dipilih dan diamanahkan oleh pihak BPTV sebagai COE bagi 2 mata pelajaran iaitu Prinsip Perakaunan (P.A) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM). Oleh itu, demi memenuhi aspirasi kerajaan, SMT Kuantan giat berusaha dan bergerak ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang tahun 2013. Insyaallah dengan budaya kerja yang cemerlang, kerjasama erat seluruh warga sekolah telah berusaha ke arah penambahbaikan secara berterusan di setiap entiti organisasi agar matlamat yang disasarkan di hadapan akan dapat dicapai.

-CCK525-

18 Januari, 2012

Mesyuarat Bidang Teknikal Bil 1/2012

Mesyuarat Bidang Teknikal Bil 1/2010 pada 18 Januari 2012 jam 2.45 petang bertempat di Bilik Gerakan. Semua guru teknikal diwajibkan hadir.
Majlis Makan Malam
Perpisahan Pengetua
-Setulus Kasih Seindah Memori-

13 Januari 2012
Swiss Garden Resort & Spa

kalau tidak kerana unggas
tidaklah rosak padi di sawah
kalaulah tidak kerana tugas
tidaklah kita akan terpisah

Ayam Rintik di tepi hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga.

Jamuan Perpisahan dengan Pengetua - Setulus Kasih Seindah Memori

Pada hari Jumaat 13hb Januari telah diadakan satu jamuan perpisahan dengan Pengetua di Swiss Garden Resort and Spa


15 Januari, 2012

Jamuan Akhir Tahun Asrama 2011 dalam Kenangan

Jamuan akhir tahun asrama 2011 diadakan dengan suasana yang penuh meriah dan merupakan kali terakhir bersama Tuan Pengetua En. Ideris Bin Abdul Rahim kerana beliau telah diarah berpindah sebagai Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Akademik BPTV di Putra Jaya berkuatkuasa 16 Januari 2012.

04 Januari, 2012

Borang Pendaftaran Terkini 2012

Perhatian kepada semua pelajar yang telah mendaftar dengan SMT Kuantan, sila memuat turun borang pendaftaran terkini pada pautan yang berada di bawah:

Borang Pendaftaran Terkini 2012

02 Januari, 2012

Tawaran Kemasukan Tingkatan 4 Ke SMT Kuantan Sesi 2012

Calon yang memohon secara online, sila buat semakan dilaman web bagi perakuan kemasukan dan cetakan surat tawaran
klik di sini untuk semak