Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

31 Oktober, 2011

Solat Hajat Perdana 2011

Program solat hajat perdana akan diadakan pada minggu ini dan butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 4/11/2011

Masa. : 7.30 pagi -12.00 tengah hari

Peserta: Semua Pelajar SPM&STPM

28 Oktober, 2011

Kursus Kecergasan Fizikal di Dusun Eco Resort Bentong, Pahang






Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan staf yang mengikuti kursus ini dengan jayanya pada 22-24 Oktober 2011. Semoga kita mendapat pelbagai manfaat yang boleh diaplikasi dalam organisasi SMT Kuantan.

16 Oktober, 2011

Jelajah Ke Taman Negara






Pada 14 - 16 Oktober 2011, Kelab Fotografi dengan kerjasama Panitia Sivik dan Kenegaraan telah menyertai Pakej Pelancongan Koperasi dikelolakan oleh Koperasi SMK Temin. Seramai 30 orang pelajar Kelab Fotografi diiringi oleh empat orang guru iaitu En. Mohd Fahdeli, En. Kua Chu Heng, Cik Hanietha dan Cik Azlina. Berikut merupakan perjalanan program yang terlaksana.

14 Oktober 2011
Pusat Pembuatan Gasing
Gua Senyum
Arts Gallery

15 Oktober 2011
Taman Negara - Jelajah hutan, Konopi Walk, Menyusuri Sungai Tembeling
Temin Kraftangan -

16 Oktober 2011
Pusat Konversi Gajah Kuala Gandah
Deerland
Pusat Biodersiti

Semoga program yang julung kali diadakan oleh Kelab Fotografi akan memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar.

10 Oktober, 2011

Mesyuarat Majlis Perasmian Program Pemberian Netbook 1 Malaysia


Semua ahli jawatankuasa Majlis Perasmian Program Pemberian Netbook 1 Malaysia sila hadir ke Mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut :



Tarikh                         : 11 Oktober 2011
Masa                          : 3.00 Petang
Tempat                       : Bilik Gerakan

Sila rujuk senarai jawatankuasa 

Program Pecutan Akhir SPM

Program Pecutan Akhir SPM akan dijalankan tahun ini dan butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 20/10/2011
Masa. : 7.30am-5.00pm
Sasaran : Semua pelajar SPM & STPM
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun

Diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama bagi memastikanprogram ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Kem Tahunan KRS 2011

Pada 10/10/2011 akan bermulanya kem tahunan untuk KRS sekolah teknik peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan. Kontigen KRS tahun ini juga dibawah jagaan En.Fakhrul Azizie selaku guru penasihat untuk KRS SMTKuantan. Kem ini akan berakhir pada hujung minggu ini iaitu pada hari Jumaat 14.10.2011.

Kami dipihak sekolah mengharapkan semua pelajar yang terlibat supaya menjaga keselamatan dan pulang dengan selamat.

09 Oktober, 2011

Kursus Pengurusan Stress ULKS






Pada tarikh 1 Oktober 2011, pihak Unit Latihan Kakitangan Staff telah menganjur Kursus Pengurusan Stress untuk guru-guru di SMT Kuantan. Kursus ini telah dikendalikan oleh unit ULKS dengan bantuan AJK Kelab Guru 2011.

04 Oktober, 2011

Lawatan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Aduan Malaysia (SPA)

Lawatan Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Aduan Malaysia (SPA)
Tarikh : 4/10/2011
Masa : 12.00 - 3.30 Petang
Tempat: Exhibition Hall 1
             Sultan Ahmad Shah,
             International Convention Centre
             Kuantan, Pahang.

Seramai 45 orang pelajar 6 Atas akan dibawa untuk menyertai Karnival ini oleh 3 orang guru iaitu En. Ahmad Jasro, Cik Lailayati dan Puan Siti Suryani Ibrahim. Karnival ini diharap dapat memberi input dan pendedahan kepada pelajar pelajar Prauniversiti tentang prosedur permohonan kerja dalam sektor Awam

03 Oktober, 2011

Majlis Graduasi Dan Perjumpaan Dengan Ibu bapa

Majlis Graduasi Dan Perjumpaan Dengan Ibu Bapa akan berlangsung pada minggu ini dan butirannya adalah seperti berikut :

Tarikh : 7 Oktober  2011 ( Jumaat)
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun

Atucara Majlis

7.30 Pagi : Pelajar Tingkatan 5 & 6A mengambil tempat di Dewan Ibnu Khaldun
8.30 Pagi : Ketibaan ibu-bapa
8.45 Pagi : Ketibaan Perasmi (YDP PIBG)
9.00 Pagi : Ucapan alu-aluan pengarcara majlis
               Bacaan Doa
               Ucapan Pengetua
               Ucapan Perasmi
               Persembahan Dikir Barat
               Penganugerahan Graduasi
10.00 Pagi : Perjumpaan dengan guru tingkatan (Dewan Ibnu Khaldun)
                  Perjumpaan pelajar kritikal dan ibu bapa dengan pengetua GPK pentadbiran dan ketua bidang (bilik gerakan)

Pelajar Tingkatan 4 :
Bengkel Teknik Menjawab (Fizik & Kimia)
7.30 - 9.40 Pagi ; Kimia
9.40 - 10.00 Pagi : Rehat
10.00 - 11.50 Pagi : Fizik