Pengumuman

Tahniah dan Syabas Kepada Para Pelajar Tingkatan 4 Yang telah Memilih SMT Kuantan Sebagai Sekolah Pilihan Aliran Teknik. Kecemerlangan Anda Bermula Di Sini

27 September, 2011

Kejohanan Ragbi 10 Sebelah di SMK Kota Gelanggi

Pasukan Ragbi SMT Kuantan telah menyertai Kejohanan Ragbi 10 sebelah di SMK Kota Gelanggi. Kejohanan ini telah berlangsung pada 24 hingga 25 September 2011. Pasukan SMT Kuantan yang dilatih oleh Encik Fakhrul Azizie dan Encik Azri telah memenangi tempat kedua bagi kategori Bowl. Pada perlawanan akhir tersebut, pasukan kita telah dikalahkan oleh pasukan pilihan PPD Jerantut dengan mata 10-5. Kejohanan ini telah banyak memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain-pemain tingkatan 4 untuk mempertahankan kejuaraan KAT zon Pahang pada tahun hadapan.

22 September, 2011

Lawatan ke Pameran Teknologi Perlombongan Sungai Lembing di UMP






Pada 21.9.2011 (Rabu), Rombongan SMT Kuantan seramai 36 orang pelajarberpeluang menghadiri Pameran di UMP. Diharapkan para pelajar mendapat input berguna melalui pameran tersebut dan mampu melanjutkan pelajaran di UMP yang banyak menawarkan kursus kejuruteraan suatu hari nanti.

20 September, 2011

Program Gaya Hidup Sihat dan Pertandingan Kapal Terbang

Pada hari esok, bersamaan dengan 21 September 2011 akan berlangsungnya 2 aktiviti di Sekolah Menengah Teknik Kuantan.

Butirannya adalah seperti berikut :

Program A
Program : Program Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHS-i)
Penceramah : Dr. Norhissan Mustafa (Perunding Utama IPKIM)
Tarikh : 21hb September 2011 (rabu)
Masa : Jam 8.30 - 10.30 Pagi (slot pelajar)

Program B
Program : Pertandingan Kapal Terbang 1 Malaysia dan Bakul Telur Ajaib
Tarikh : 21 September 2011 (Rabu)
Masa : 3.30 Petang
Tempat : Kantin dan Blok Pentadbiran


12 September, 2011

Majlis Bersama Pejuang-pejuang Tanah Air







Seramai 34 orang pelajar SMT Kuantan dan 4 orang guru pengiring telah menghadiri Majlis bersama pejuang-pejuang tanah air sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke - 54 2011 peringkat negeri Pahang pada hari ini (12 September 2011). Majlis tersebut diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan bermula pada jam 9.00 am hingga 1.30 pm. Majlis ini juga dihadiri oleh bekas-bekas polis dan tentera yang bertungkus lumus berjuang mempertahankan tanah air daripada serangan musuh. YAB Menteri Besar Pahang Dato' Seri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob turut meluangkan masa di dalam majlis ini. Segmen Nostalgia Pengkisahan Aku Seorang Pejuang dan Forum Pejuangan Menuntut Kemerdekaan yang turut dikupas oleh Profesor Ramlah Adam diharap dapat dijadikan iktibar kepada para pelajar dan hadirin yang hadir.

Mesyuarat PIBG kali ketiga sesi 2011/2012

Mesyuarat PIBG kali ketiga sesi 2011/2012 akan diakan tidak lama lagi dan butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan SMT Kuantan

Dengan ini diharap mesyuarat tersebut akan berjalan lancar dengan jayanya.

07 September, 2011

Pesta Akademik

Pesta Akademik berjalan dengan lancar dan jayanya pada hari ini bermula pada pukul 3.00 pm (7 September 2011). Kantin Sekolah dan Makmal Fizik menjadi venue pilihan untuk semua acara yang diadakan. Sambutan daripada para pelajar dan guru amat menggalakkan dan diharap memberi ruang kepada pelajar untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dalam Persatuan Akademik yang disertai.

06 September, 2011

Peperiksaan Percubaan SPM Bermula






Peperiksaan Percubaan SPM 2011 bermula pada hari ini (6 September hingga 22 September 2011). Dewan Ibnu Sina dan Dewan Ibnu Khaldun merupakan tempat para pelajar tingkatan 5 berjuang habis-habisan sebelum menduduki peperiksaan sebenar November nanti. Diharapkan para pelajar dapat menjawab soalan dengan cemerlang kerana peperiksaan ini merupakan kayu pengukur pencapaian pelajar. Apa pun Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar. Semoga diberkati.

04 September, 2011

Selamat Pulang Ke Sekolah

Kami dari pihak penulis blog sekolah ingin mengucapkan selamat pulang ke sekolah kepada semua pelajar asrama dan diharap supaya semua pelajar agar berada dalam keadaan selamat. Tidak dilupakan juga kepada semua pelajar tingkatan 5 selamat menempuh ujian peperiksaan percubaan SPM tidak lama lagi. Semoga maju jaya